Friday, August 9, 2013

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum .

baju merah di pagi raya dengan maa and adik ba

hi semua, SELAMAT HARI RAYA !! mesti semua tengah beraya dengan family ke rumah sedara mara tak pun rumah geng geng sch dulu kn? al maklumlah, dah start belaja ni semua dah jarang jumpa tu pun nasib baik ada wechat, line, kakao talk bagai tuh . boleh jugak erat kan hubungan yang dah semakin jauh kan? ekcely, time time raya ni laa kita boleh kenal balik sedara sedara jauh yang dah lama tak jumpa, lagi lagi bila atuk atuk / nenek nenek yang kahwin ramai dulu dulu . biasa laa, org dulu mmg mcm tu kan? sekarang nih, dengar je nak kawin lain, periuk belanga semua melayang . eh, ape merepek nih? HAHA! tp, betul what . bila dah kahwin banyak ni cucu cicit semua ramai, bila dtg raya tengok tengok kwn kita tu laa sedara kita . HAHA! kelakar time tu bila ingat kn . 

Che Hamster punya raya? HUHU! biasa biasa je sebb tahun ni abang abang yg dah kahwin semua beraya rumah mentua . tinggal Che Hamster tiga beradik je . di sebb kan Che Hamster ni sorang anak perempuan dlm family, badan ni laa yg patah riuk tlg maa dekat dapur masak sampai pukul 2 pagi . bangun time pagi raya muka mcm panda . haa, mesti tertanya tanya 'ehh, Che Hamster ni tak balik kampung ke?' . korang tak tanya mcm tu ke? ade kesah . HAHA! this year punya raya mmg ayah and maa tak nak balik kampung . just nak beraya simple simple je . lagi pun 18hb ni sepupu Che Hamster nak kahwin, so we all sedara mara semua akan berkumpul dekat sana . so, kira kalau balik raya lepas tu balik kampung nak kenduri, rasa mcm membazir pulak . then, ayah ckp balik kampung 18hb ni je . "alright, bos!"
selamat hari raya :D


dah besar besar ni, korang still dapat duit raya ke? Che Hamster? of course dapat okay, see the size laa dher . HAHA! biasa laa, umur je 18 tapi badan mcm budak baru form 3 nak masuk form 4 . sedih kan? ehh, nak sedih hape nye . dpt duit raya kot, happy laa . yg sedih nye, sebb cuti tak sama mcm budak budak sch, rabu ni Che Hamster dah kena balik seremban, khamis dah start kelas . wuhuu, berat hati mak! tak dpt nak beraya sakan ghumah ghumah cikgu cikgu lama . tak dapat nak marhaban sama sama . tak dapat nak sambut merdeka raya dekat sch . tak dapat nak beraya lama lama dengan buah hati . ish, banyak bebeno laa tak dapat nye tu . ape boleh buat, tanggungjawab as a college student kan . hadapi je laa . 

dalam happy happy nih, ada jugak dapat berita yg sedih . hari kedua sebelum raya, terkejut dgr berita ayah slh sorg dr kawan Che Hamster meninggal dunya . tak sangka, time time kita tengah happy nak sambut raya dengar berita macam tu . ape ape pun, salam takziah utk RAHMAD sekeluarga . sebelum tu, masa minggu kedua puasa, sepupu Che Hamster meninggal dunya jugak sebb kemalangan lepas balik terawih . sedih sgt walaupun arwah pendiam . semoga ALLAH mencucuri rahmat mereka yang dah meninggalkan kita semua . Al-FATIHAH
geng geng time sch dulu :)


beraya di kulai dengan irfan, kutip duit raya :D


okay laa, panjang sgt nak cerita pasal raya ni . mcm mcm kang keluar topik . SELAMAT BERAYA SEMUA! sebelum tu, 
"saya Mimi Julia bt Maiden a.k.a Che Hamster, memohon ampun dan maaf andai selama perkenalan kita ini saya telah banyak menyakiti dan melukakan hati kamu semua . saya bukan laa insan yg sempurna dan menjanjikan yg terbaik, saya seorang insan yg sering melakukan kekhilafan . saya dengan rasa rendah diri telah memaafkan segala kesalahan kamu semua sbb saya mengakui kdg kala hati ini pernah rasa tersakiti . halalkan segala apa yg telah diberikan kpd diri ini . SALAM AIDILFITRI buat semua followers dan pembaca blog ni . semoga ALLAH melindungi kita semua . amin"
Assalamualaikum

No comments: