Thursday, December 5, 2013

cinta

Assalamualaikum and hello korang semua, lama giloss tak update blog kn?
 Kesian korang yg nak tahu perkembangan Che Hamster . macam terabai, diabaikan dan mengabaikan je blog Che Hamster nih kn? Macam macam dah yg jadi dekat Che Hamster sepanjang tahun nih but Alhamdulillah, Che Hamster dapat hadapinya dengan tenang . tenang ke? HAHA! Entah laa. Btw, Che Hamster study pun dah masuk semester kedua and masih lagi bertahan dengan Diploma in Nursing. Bulan satu tahun depan Che Hamster dah nak pergi posting dekat Hospital Muar, korang doakan Che Hamster tau. Excited pulak J
Ehh, panjang pulak mukadimah. Ekcely, Che Hamster ade satu topik nak discuss or lebih straight to the point is luahan hati. Amboi, laju je kan korang nak tahu? HAHA!
CINTA
Ape yang korang percaya pada C.I.N.T.A if umur korang still 18-20 an macam tu? Bukan ke terlalu muda untuk kita percaya pada jodoh and cinta dalam waktu waktu macam tu? Kalau ade yg bercinta pun atau lebih dikenali sebagai ‘couple’ Che Hamster anggap macam cinta monyet. Fall in love dlm jangka waktu yg seketika, always OTP 24hours, text ayat ayat sweet and akhirnya putus. Tapi, ada jugak cinta monyet yg sampai ke mati. Hmm, sekarang nih senang nak cakap cinta and sayang dekat seseorang tu tp hati tak pernah betul betul rasa ape yg dah diungkapkan. Cinta and rindu tu rasa macam seposen dua posen je boleh cakap dekat siapa siapa.



Cinta yg sebenar tu mmg susah nak cari sekarang kn? Ape maksud cinta sebenar ekk? Macam mana rasa cinta sebenar/sejati tu ekk? Sakit tak rasa cinta sejati tu ekk? Ehh, banyak pulak ekk nye tuh. Keluar bahasa johorean Che Hamster. HAHA! Orang cakap kalau kita betul betul cinta kan seseorang tu adalah bila kita sanggup lepaskan dia dekat seseorang demi kebahagiaan orang yg kita cinta tu. It’s true? *garu garu kepala. Entahlaa, Che Hamster pun tak tahu macam mana nak ungkapkan ape itu cinta. LOVE IS SUBJECTIVE. Luas sgt maksud sebenar cinta tu. Tapi yg paling penting is cinta kita kepada-Nya. Cukup kuat atau masih lagi goyang?


Cinta tu bukan nye dari berapa banyak kali kita cakap “I LOVE YOU” tapi cinta tu adalah berapa banyak yg kita boleh buktikan bahawa kita cinta dekat seseorang atau sesuatu. Sama macam bila kita cinta dekat Allah, segala suruhan-Nya kita ikut sbb itu tanda yg kita betul betul cintakan Allah. Fikir fikirkan lah mana yg baik atau buruk. Kita sendiri yg jadikan cinta tu baik atau sebaliknya.


Assalamualaikum J